BERNAMA
Pelaksanaan eVisa merangkumi tiga fasa akan dilaksanakan, dengan fasa pertama bermula 2 Januari 2016.
KUALA LUMPUR, Pelaksanaan perkhidmatan dalam talian visa secara elektronik atau eVisa merangkumi tiga fasa akan dilaksanakan, dengan fasa pertama bermula 2 Januari 2016.
Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan)
Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata ini disusuli fasa kedua pada Mac
manakala fasa ketiga pula bakal bermula Jun 2016, dan ia hanya untuk
permohonan bagi Visa Tanpa Rujukan.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata
fasa pertama melibatkan pelaksanaan untuk warga China yang berada di
negara berkenaan manakala fasa kedua adalah bagi rakyat China yang
berada luar dan dalam negara China, manakala fasa ketiga pula merangkumi
seluruh dunia.
“Untuk makluman, pemohon eVisa tidak akan
dikenakan sebarang caj pemprosesan visa sehingga hujung Mac 2016
sejajar dengan program Visa Waiver yang diperkenalkan pada 15 Februari
2015 dan program Group Tourist Registration System (GTRS) bersama
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang tamat pada penghujung 2016,”
katanya.
Bagaimanapun, Sakib berkata caj perkhidmatan eVisa akan diumumkan secara rasmi kelak.
Orang ramai boleh melayari laman web http://www.windowmalaysia.my untuk maklumat lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.