PAS tolak alasan Najib, persiap Pemuda pastikan rakyat tolak BN.
PETALING JAYA: PAS membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkat serta menguntungkan rakyat.
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai alasan untuk membolehkan kezaliman.
“Kalau dia (Najib) kata isu GST ini berkat maknanya harga minyak kita jatuh itu berkatlah (merujuk kepada kejatuhan ekonomi negara).
Lantaran itu, Nik Abduh berkata PAS akan memastikan BN tewas pada pilihan raya akan datang.
“Kita (PAS) tetap tolak GST, kita akan pastikan rakyat akan menolak BN kerana GST,” katanya.
Terdahulu Perdana Menteri berkata, berkat pelaksanaan GST kerajaan masih mampu menyediakan biasiswa untuk siswa dan kakitangan awam mempunyai kerja di kala kemelut ekonomi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.