NORAIZURA AHMAD & MICHAEL MURTY
Dua syarat yang
ditetapkan Datuk Seri Vida bagi memberikan penajaan kepada KAFA dibidas
pengguna media sosial. Foto kredit Instagram @datoserivida
KUALA LUMPUR, Media sosial membidang pengasas dan juga Ketua Pegawai Ekesekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, berhubung syarat penajaannya kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Menurut Berita Harian, Datuk Seri Vida
mencadangkan dua syarat kepada pasukan bola sepak Kelantan untuk beliau
memberi penajaan bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2016.
“Stadium Sultan Muhammad IV harus
ditukarkan kepada warna merah jambu dan skuad bola sepak dimulakan nama
dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).”
Tinjauan dalam Twitter mendapati dua syarat ytang diberikan itu mendapat dikritik pengguna media sosial.
Bauk Selat@bauk_selat dalam twitternya berkata: “Kelantan ni nak main bola ke nak bagi badan langsing”.
Pemerhatian mendapati pelbagai gambar dimuat naik termasuk gambar pemain Kelantan memakain gaun berwarna merah jambu.
Muszamni pula menulis dalam tweet: “Mungkin mereka mahu memalukan pasukan bola sepak negeri.
Jager dalam akaun Twitter milinya berkata: “Pasukan bola sepak Kelantan buat lawak ke apa?”
Datuk Seri Vida berkata, syarat yang
diberikan bukan sekadar untuk mengubah wajah bola sepak Kelantan tetapi
bagi membolehkan mereka mendapat dana tambahan bagi mengubah kredibiliti
mereka.
“Stadium harus ditukar kepada warna merah jambu kerana ia akan memberikan kelainan.
“Nama harus ditukar seperti yang dilakukan Negeri Sembilan iaitu NS Matrix.
“Mari bersama menaik taraf pasukan yang satu masa dulu dihormati.”
Atiqah Azmi@eykaazmi berkata: “If betul stadium Kelantan tukar warna pink confirm jadi the red warriors dan after thiss”.
Lia adam.@IamEMILIANAA berkata: “Kalau stadium Kelantan warna pink, I should go there dan support em (saya patut pergi dan sokong mereka)”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.