Sabtu, 30 Januari 2016
BN dicabar guna slogan ‘GST selamatkan Malaysia’
Oleh Hafiz Zainuddin
RASAH : Barisan Nasional (BN) dicabar menukar slogan ‘Janji Ditepati’ kepada ‘GST Selamatkan Malaysia’ pada Pilihanraya Negeri Sarawak berikutan mereka berbangga dengan pelaksanaan cukai itu kerana kononnya ia menyelamatkan negara.
Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, berkata ia berikutan BN tidak tahu dan memahami kesusahan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat pelaksanaan sistem cukai itu.
“Manifesto BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertema ‘Janji Ditepati’ menekankan bahawa jika Barisan Nasional terus diberi mandat, kerajaan akan menangani masalah kos sara hidup rakyat.
“Pada masa sama, tiada satu pun perkataan GST ataupun pelaksanaan sistem cukai itu berani disebut. Ia menunjukkan BN pada masa itu khuatir GST menyebabkan kehilangan sokongan rakyat,” katanya pada kenyataan media, semalam.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam tadi angkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 diadakan pada 30 April depan manakala tarikh penamaan calon pada 18 April tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membuat ketetapan.
Ini kerana, kata Kok Seong, BN bimbang jika semua poster ataupun bahan kempen dicetak dengan tertera ungkapan mereka menyokong penuh pelaksanaan GST, rakyat akan menolak mereka pada mana-mana pilihan raya.
Pada majlis Hari Kastam Sedunia ke-34 dua hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipetik, berkata ekonomi negara stabil ekoran pelaksanaan GST berikutan RM51 bilion hasil cukai itu dikutip tahun lalu berbanding RM37.2 bilion pada 2014.-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.