Menerusi akaun instagram beliau pada Sabtu, Nazir berkongsi sebuah poster program TV berkenaan yang menunjukkan seorang watak berdiri di atas dek kapal semasa ia berlayar melalui kawasan berkabus.
"Oleh itu, apa yang akan berlaku? Persamaan dengan GoT (Game of Thrones) berterusan.
"Saya bimbang dengan masa depan: Saya tidak dapat melihat bagaimana institusi boleh dipulihkan, bagaimana keadaan politik kurang 'dicemari', bagaimana reputasi antarabangsa kita boleh diperbaiki," kata Nazir yang merupakan adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tambah Nazir, beliau percaya Malaysia memerlukan Majlis Perundingan Negara.
'Games of Thrones' berdasarkan siri novel fantasi, 'A Song of Ice and Fire' karya penulis terkenal, George R.R. Martin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.