Perjumpaan yang akan dilakukan di Alor Setar itu bagi
membolehkan Jemaah menilai sama ada majoriti ADUN BN menyokong
rancangan menukar Mukhriz.
PETALING JAYA: Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan mengadakan satu pertemuan bersama 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah daripada Barisan Nasional (BN) pada Isnin.
Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan dan menyelesaikan isu Menteri Besar di negeri berkenaan, lapor The Star, hari ini.
Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan menemui semua 21 wakil rakyat dari BN, termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Bagaimanapun, pertemuan dengan Mukhriz akan dilakukan secara berasingan.
Sebelum ini, Timbalan Ketua UMNO, Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media mengumumkan 14 daripada 15 ketua UMNO bahagian di negeri itu mahu Mukhriz disingkirkan dan merayu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak membuangnya.
Ekoran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur bagi mengemukakan tiga calon bagi menggantikan Mukhriz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.