1.6 Juta Kakitangan Awam, 10 Ribu Pekerja Kontrak Kerajaan Tidak Diberhentikan. Malah Naik Gaji Lagi!
Terima kasih kepada bantuan daripada
rakyat termasuk ibu bapa, golongan pencen, kanak-kanak, pelajar,
mahasiswa, kakitangan awam, pekerja swasta yang membayar cukai 6 peratus
setiap kali anda semua membelanja.
Jikalau tidak, jikalau tidak sudah
pastinya kalangan penjawat awam masih ada kerja, kakitangan awam yang
berstatus kontrak tidak terkesan dengan gelombang ekonomi Malaysia hari
ini.
Secara statistik, Malaysia hari ini ada
sejumlah 1.6 juta kakitangan awam dan 10,000 pekerja kontrak kerajaan.
Terbaru, Najib Razak mengatakan :
- “GST bukan untuk menyusahkan rakyat, GST adalah penyelamat kepada rakyat Malaysia.
- “Dengan keadaan harga minyak jatuh AS$30 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam.
- “Tidak ada seorang pun kita hentikan termasuk pegawai-pegawai lantikan kontrak (pekerja kontrak kerajaan),” katanya
Sebelum ini Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) telah nafikan laporan berita dan desas-desus kononnya elaun
penjawat awam bakal dipotong, pekerja kontrak kerajaan diberhentikan,
kena potong gaji dan juga kenaikan pangkat kakitangan awam dimansuhkan.
Macam-macam.
Terkini, Perdana Menteri telah
menjelaskan dalam pengumumannya di dalam siri pembentangan
pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia dengan mengatakan :
Pengumuman Pengubahsuain Bajet 2016 : Pekerja Kontrak Kerajaan?
Alhamdulillah.
- Kakitangan tetap kerajaan tidak terkesan dengen ketidaktentuan ekonomi Malaysia hari ini
- Pekerja kontrak kerajaan tidak akan berhadapan dengan kemungkinan diberhentikan atau tidak disambung kontraknya
- Ketiga, kenaikan gaji tahunan KGT bagi bulan Julai 2016 sepertimana diumumkan dalam Bajet 2016 akan kekal seperti biasa. Itu jaminan Najib Razak
P/S : Adakah dengan umumkan naik kadar
peratus GST akan ada lebih banyak peluang pekerjaan dalam kumpulan
kakitangan kerajaan di masa akan datang?
PP/S : Jangan salahkan peniaga naikkan
harga barang. Anda buat satu dasar untuk perkenalkan cukai GST 6
peratus, anda mesti bertanggungjawab untuk menguruskannya, mengawalnya,
dan menguatkuasakannya. Jikalau anda tiada keupayaan mengawalnya, usah
menyalahkan orang lain atas kekhilafan sendiri.
PPP/S : Pada masa negara kita dilimpahi
kemakmuran eknomi, kita kurang berjimat, boros. Pada masa kita
berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi semasa. Kemudian sekarang, kita
perlu berterima kasih kepada pelaksanaan GST 6 peratus? Patutkah?
PPPP/S : Kenyataan pelaksanaan 6 peratus
bagi cukai GST telah menyelamatkan jawatan kakitangan awam tetap dan
penjawat kontrak kerajaan, tidak patut dikeluarkan daripada mulut
seorang yang bergelar Perdana Menteri. Memalukan…
PPPP/S : Tahun 90 dahulu harga minyak
dunia sekitar 30 dolar juga, kerajaan Malaysia masih mampu bayar gaji
tanpa sebarang rungutan? Siap ada subsidi pelbagai lagi, GST pun tiada.
Ermmmm….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.