Selasa, 29 Disember 2015

Sekatan atlet Israel: PAS bersama dengan Umno

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharuddin Muhammad berkata, parti itu bersama Umno berhubung pendirian dalam isu kemasukan atlet Israel ke negara ini.
 
Menurut Zaharuddin, jika Umno sebagai pemerintah bersetuju menghalang kemasukan atlet tersebut, maka kerjasama PAS dan Umno dalam perkara makruf seperti itu adalah perlu. 
 
"Jadi dalam isu ini PAS bersama Umno melawan DAP dan sekutunya. Tapi kalau Umno izinkan juga warga Israel masuk ke Malaysia, maka Umno juga kita akan lawan,"katanya dalam satu kenyataan.
 
Ujarnya, dalam isu seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), PAS tetap akan membantah sehingga ia berubah.
 
Katanya, orang Islam di negara ini perlu memahami konsep nasihat yang diterapkan agama. 
 
"Dengan kata lain, ada masa kita nasihat. Justeru tiada ruang menjatuhkan Umno-BN pada masa sekarang kerana tiada PRU.
 
"Kalau Umno boleh berubah, Alhamdulillah.. Kalau tidak berubah, maka PRU nanti lawan tetap lawan kerana waktu itu adalah sebaiknya mengubah kerajaan dalam konteks demokrasi," katanya.
 
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilaporkan telah menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel daripada memgambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (ISAF) di Langkawi.
 
ISAF YWC 2015 yang berlangsung semalam hingga 3 Januari 2016 menerima penyertaan 446 pelayar muda dari 80 negara termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia dan Afrika Selatan.
 
 

5 ulasan:

  1. kahkahkah...PAS bersama UMNO menghalang atlet luncur Israel dan bersama UMNO meningkatkan dagangan dengan Israel...kihkihkihkih.....nasihat bernas..dari Najib utk PAS..mu dudok diangdiang jangang pandaipandai..

    BalasPadam
  2. Cuba nasihat Najib bersalam dengan PM Israel dulu

    BalasPadam
  3. Cuba nasihat Najib bersalam dengan PM Israel dulu

    BalasPadam
  4. Bangga benar mamat ni sebut persamaan antara pas-umno..

    BalasPadam
  5. Bangga benar mamat ni sebut persamaan antara pas-umno..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.