BERNAMA
Kedudukan Sabah yang
bersempadan dengan dua negara jiran iaitu Filipina dan Indonesia
terutama di kawasan perairan timur menyebabkannya terdedah kepada
ancaman keselamatan rentas sempadan. - Foto TRP
TONGOD, Kedudukan Sabah yang bersempadan dengan
dua negara jiran iaitu Filipina dan Indonesia terutama di kawasan
perairan timur menyebabkannya terdedah kepada ancaman keselamatan rentas
sempadan.
Menegaskan demikian, Pesuruhjaya Polis
Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata sebagai contoh pergolakan
di selatan Filipina.
Menurutnya keadaan itu menyumbang kepada kegiatan penculikan untuk wang tebusan dan Kumpulan Abu Sayyaf.
“Kita kena fokus ke arah itu untuk
ditangani dengan memastikan kita sentiasa dalam siap siaga dan tidak
mahu pisang berbuah dua kali,” katanya ketika ditemui pemberita selepas
merasmikan Balai Polis Tongod di sini, hari ini.
Beliau berkata, ancaman keselamatan di
kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) khususnya berkaitan kegiatan
pengganas dan penculikan menjadi tumpuan utama Polis Sabah.
Beliau diminta mengulas mengenai jenayah di Sabah sepanjang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah selama setahun enam bulan.
Beliau akan ditukarkan sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM pada 31 Disember ini.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Abdul Rashid Harun akan mengambil alih tempat beliau.
Jalaluddin berkata maklumat yang diterima
berkaitan kegiatan ancaman global daripada pihak seperti militan Daesh
atau IS (Negara Islam) dan Jemaah Islamiah diberi tumpuan.
“Kita tidak mahu Sabah menjadi tempat mereka berlindung atau menjadi sasaran mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.