A AZIM IDRIS
Zailani berkata, pemandu
teksi di Lembah Klang telah kehilangan kira-kira 60 peratus pendapatan
mereka, sejak kemunculan perkhidmatan perkongsian perjalanan yang tidak
dikawal selia itu.
KUALA LUMPUR, Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang (JBPTLK) hari ini memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Mahkamah Tinggi, bagi mengharamkan perkhidmatan kereta sapu, seperti Uber dan GrabCar di negara ini.
Peguam, R. Kengadharan
yang mewakili kumpulan terdiri daripada 29 persatuan pemandu teksi di
Lembah Klang itu berkata, jawatankuasa terbabit juga berusaha menghalang
perkhidmatan aplikasi telefon pintar itu daripada menjadi sah.
“Ini (aplikasi) telah menjejaskan periuk nasi mereka (pemandu teksi), kerana terdapat lebih 40,000 daripada mereka yang beroperasi di Lembah Klang,
“Jika perkhidmatan Uber, GrabCar dan Blacklane menjadi sah, punca pendapatan mereka akan terjejas teruk.
“Mereka tidak minta untuk memonopoli industri itu, tetapi
tujuan di sini adalah untuk mendapatkan keadilan,” katanya ketika
ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, dekat Jalan Tuanku Abdul
Halim, hari ini.
Kengadharan berkata, Seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 tidak merujuk kepada Uber, GrabCar dan Blacklane.
Kumpulan itu juga memohon
pengisytiharan haram terhadap semua perkhidmatan perkongsian
perjalanan, selain memohon injuksi kekal bagi menghalang SPAD daripada
mengambil sebarang langkah untuk menjadikan perkhidmatan terbabit sah.
“Kami juga meminta ganti rugi am, walaupun ia bukan teras tuntutan itu.
“Mereka (perkhidmatan
perkongsian perjalanan) bukan kenderaan komersial, tetapi adalah
kenderaan peribadi yang digunakan untuk tujuan komersial dan pemandunya
tidak mempunyai lesen ditetapkan.
“Penumpang yang menaiki
Uber tidak diberikan perlindungan insurans sewajarnya dan kenderaan yang
mereka gunakan tidak melalui pemeriksaan berkala,” katanya.
Presiden JBPTLK, Zailani
Isa Usuludin berkata, pemandu teksi di Lembah Klang telah kehilangan
kira-kira 60 peratus pendapatan mereka, sejak kemunculan perkhidmatan
perkongsian perjalanan yang tidak dikawal selia itu.
“Kami mengambil langkah
ini untuk mencari keadilan di mahkamah, kerana kami sedang mencari
keadilan untuk pemandu teksi yang telah menjadi mangsa SPAD,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.