SHAH ALAM - Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha dijangka dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di Kota Damansara dalam tempoh dua hari lagi.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, doktor kini memantau rapi keadaan Nurul Nuha yang dimasukkan ke wad pada Rabu.
"Mungkin dalam sehari dua (Nuha) keluar, itu berpandukan kata doktor, mengikut kata keluarga, keadaan dia tak begitu serius.
"Doktor kata dia stabil, namun dia lemah sikit, sebab semalam ramai orang datang ziarah, dia letih sikit, doktor nasihatkan dia sambung berehat," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Anak kedua Anwar dimasukkan ke hospital]
Nurul Nuha dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas dipercayai terjatuh di rumahnya.
Berita sedih itu telah membawa ayahnya membuat permohonan untuk melawat anak perempuannya di hospital, petang semalam.
Ditanya tentang keadaan anak ketiga yang dikandungkan anak perempuan Ketua Pembangkang itu, Fahmi berkata kandunganya dalam keadaan selamat.
"Cuma doktor ambil langkah berjaga-jaga untuk pastikan semua ok," ujarnya.
Fahmi berkata lagi, buat masa ini, keluarga Nurul Nuha mahu orang ramai memberi sedikit ruang sehingga keadaannya pulih seperti sedia kala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.