Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata kenaikan kos sara hidup mampu ditangani sekiranya kerajaan sendiri 'melakukan dua kerja' dan 'bekerja lebih masa'.
Beliau merujuk saranan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad
Maslan yang meminta orang ramai melakukan dua kerja bagi mengurangkan
kos sara hidup.
"Ia sesuatu yang ironi apabila kerajaan menggalakkan
rakyatnya bekerja lebih masa sedangkan kenaikan kos sara hidup mampu
ditangani jika kerajaan sendiri bekerja lebih masa' untuk mengurangkan
beban kepada rakyat," katanya pada kenyataan media.
Nik Abduh berkata negara lain seperti Sweden umpamanya
mengurangkan waktu bekerja kepada enam jam sehari dan masa terluang
diperuntukkan untuk aktiviti sosial, sekaligus menggalakkan gaya hidup
sihat di kalangan rakyat.
Perkara itu katanya tidak berlaku di Malaysia.
"Para pekerja terpaksa keluar di awal pagi mengelakkan
kesesakan kemudian balik di lewat petang kerana jadual bekerja termasuk
kesesakan yang teruk dan cadangan tambahan kerja pula dilakukan pada
waktu malam," katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata asas kepada masalah
ini adalah gaji tidak sepadan, di samping polisi 'separuh masak' seperti
pelaksanaan Cukai GST dan kenaikan tambang pengangkutan yang menyumbang
kenaikan harga barang dan kos sara hidup keseluruhannya.
Justeru katanya, Dewan Pemuda PAS menegaskan supaya kerajaan memberi perhatian mendalam terhadap masalah rakyat selain membantu mengurangkan kos sara hidup yang disifatkan semakin parah ketika ini.
"DPPM juga menyarankan kerajaan supaya terlebih dahulu
melakukan 2 kerja iaitu melaksanakan tugas sebagai kerajaan dengan penuh
amanah dan menyelesaikan masalah kos sara hidup sebelum memberi saranan
2 kerja kepada rakyat," katanya.Justeru katanya, Dewan Pemuda PAS menegaskan supaya kerajaan memberi perhatian mendalam terhadap masalah rakyat selain membantu mengurangkan kos sara hidup yang disifatkan semakin parah ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.