Penerbitan berkenaan ialah “The Teachings of the Quran”; “Baha'ullah and The New Era and Introduction to The Baha'i Faith”; “Detik-Detik Pembongkaran Agama: Mempopulerkan Agama Kebajikan Menggagas Pluralisme- Pembebasan”; “Jalan Yang Lurus: Kita Harus Meneroka Jalan Ini”; dan “Tabut: Penjelasan Tentang Segala Sesuatu”.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata, perintah larangan itu adalah mengikut Warta Kerajaan P.U.(A) 270-274 bertarikh 26 Nov.
Hashimah berkata, “The Teachings of the Quran” menggemparkan fikiran orang ramai kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan mengandungi tafsiran yang menyeleweng.
Beliau berkata, seseorang yang sabit kesalahan mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual.
Mengedar atau memiliki apa-apa jua maksud seperti itu sebarang hasil penerbitan larangan boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.