THE RAKYAT POST
Berlubang, berlekuk dan
turapan yang tidak rata menghiasi jalan raya Kuala Lumpur pada alaf
baharu ini. - Foto Facebook Lando Zawawi Vrus
KUALA LUMPUR, Berlubang, berlekuk dan turapan yang tidak rata menghiasi jalan raya Kuala Lumpur pada alaf baharu ini.
Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan
Malaysia meluahkan bahawa dirinya ‘sakit leher’ kerana setiap hari
geleng kepala apabila melalui jalan raya di ibu negara.
“Bak kata bahasa pasar, sudah berbuih mulut bercakap soal kualiti jalan raya di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur.
“Itu belum menyentuh nahas melibatkan penunggang motosikal disebabkan hal yang sama,” katanya.
Menurut Awang, di negara Barat, jika
sesiapa yang menjadi mangsa nahas seumpama itu menyaman pihak berkuasa,
peluang untuk menang kes adalah besar.
Ujarnya, berdasarkan pemerhatian,
sebahagian jalan raya diturap beberapa kali setahun hanya disebabkan
gejala korek dan timbus oleh syarikat-syarikat utiliti.
“Bayangkan berapa banyak wang pembayar cukai mengalir keluar disebabkan kepincangan ini dan siapa yang mengaut keuntungan besar?
“Harap-harap Pasukan Petugas Khas di
pejabat Peguam Negara dapat melihat isu tersebut dan mengambil tindakan
penyelesaian terbaik sebelum pusingan ganas ini makin memudaratkan
negara kita,” katanya lagi.
Beliau juga turut mempersoalkan peranan
yang dimainkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pihak berkuasa tempatan
lain dalam menangani isu kualiti jalan raya.
“Awang ingin bertanya apa Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Datuk-Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan yang lain buat?
“Rajinlah buat lawatan mengejut terutama di laluan yang rakyat selalu gunakan.
“Kalau isu kualiti jalan raya yang
merupakan perkara asas tidak mampu ditangani, lupakan saja impian mahu
menjadikan Kuala Lumpur kota metropolitan bertaraf dunia. Malu,”
jelasnya.
Terdahulu, sekumpulan aktivis yang
menggelar diri mereka Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) wajar
diangkat sebagai wira kerana komited membantu menangani masalah jalan
berlubang dan tidak berkualiti di Lembah Klang.
Awang Selamat berkata sejak lapan tahun
lalu, Brotherhood yang diketuai oleh pengasasnya, Azlan Sani Zawawi
menjadi suara pendesak dalam memastikan jalan raya kita berkualiti demi
bakti mereka kepada masyarakat.
Malah katanya, bukan setakat itu, mereka
juga terlibat aktif dalam menurap jalan yang rosak dan berlubang
terutama yang berbahaya kepada para penunggang motosikal
Saya cadangkan, buatlah undang-undang kecil untuk mengatasinya. Misalnya, wajibkan setiap pihak yang hendak membuat kerja korek jalan itu membayar wang jaminan. Jumlahnya boleh dipertimbangkan. Kaedahnya, lubang itu mesti diturap kembali dengan kemas dalam tempoh 36 jam misalnya. Jika tidak, wang jaminan lupus, kerana digunakan untuk kos menurap oleh satu pihak yang ketiga. Tetapi perlukan ketelusan kerja kakitangan.
BalasPadam