Rabu, 4 November 2015

Zahid: Gambar palsu burukkan protes baju merah

Kow Gah Chie


 


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menuduh terdapat usaha memburukkan himpunan baju merah pada 16 September lalu dengan menyebarkan gambar palsu melalui media sosial.

"Tidak ada ucapan-ucapan sensitif dan perkauman.

“Apa yang ada dalam media sosial itu adalah tampalan kepada banner di tempat lain," katanya dalam sesi penggulungan Bajet 2016 bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini.

"Yang ada dalam sosial media, kami telah melakukan penyiasatan tidak ada satu banner yang menulis begitu.

"Ini dilakukan oleh pihak lain. Saya tidak menuduh, pihak melawan (perhimpunan) baju merah, tapi saya dapat tahu daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia), bukan datang daripada baju merah," katanya lagi.

Beliau (BN-Bagan Batoh) bagaimana tidak menyebut kain rentang kontroversi yang dirujuknya.

Zahid, yang bercakap atas kapasiti menteri dalam negeri, menjelaskan tiada unsur perkauman dalam himpunan baju merah yang dinamakan Himpunan Rakyat Bersatu itu.

Perhimpunan itu sebelum ini dicemari kenyataan berbaur perkauman melalui video di Internet, yang antaranya memperlihatkan seorang wanita melaungkan “Cina babi”.

"Saya ingin sahkan, tidak ada satu banner pun yang berbaur perkauman atau yang menyentuh mana mana agama," katanya yang juga timbalan perdana menteri.

Zahid, menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) berkaitan peserta himpunan baju merah yang didakwanya menghamburkan kenyataan perkauman dan jumlah perbelanjaan untuk anggota polis untuk mengawal keselamatan baju merah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.