SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mengingatkan ahlinya agar tidak terlalu
bermain politik meskipun dilihat agak ketinggalan berbanding Pakatan
Harapan.
Naib Ketua Pemuda Pas Selangor, Abdul Mu'izz Muhammad berkata, ahli-ahli Pas perlu mengakui bahawa penyertaan mereka dalam Pas mempunyai misi bukan kerana terlalu menyukai politik.
"Kita kena akui bahawa kita masuk politik bukan kerana suka sangat dengan politik tapi sebab kita nak ubah keadaan.
"Jangan terlalu main politiking nanti orang bosan walau kita dilihat ditinggalkan berbanding Pakatan (Harapan) sebab kita berpegang pada asas halal haram di mana kita tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram," katanya Forum Integriti dan Pencegahan Rasuah Bersama Pemimpin Politik Pas Selangor, di sini, hari ini.
Menurutnya, manusia diuji ALLAH ketika berkuasa dan Pas juga tidak terlepas dari ujian tersebut.
"Nabi kata rasuah itu dibudayakan sebab apa? Kerana asas pemerintahan itu tidas bersandar pada dasar Islam. Apabila jadi begitu, kamu akan mendapati pemimpin dalam kalangan kamu hanya bekerja untk keuntungan mereka...tidak berkhidmat untuk kamu. Ini yang berlaku. Sekiranya kamu taat, kamu sesat dan sekiranya kamu lawan kamu akan dibunuh.
"Ini yang berlaku ke atas kita. Tak boleh nafikan, ia berlaku. Rasuah ini sebab orang tak tahu asas dosa dan pahala. Ini satu pesanan kepada kita dan pesanan kepada orang yang berkuasa. Kita belum berkuasa lagi, boleh sembang. Tapi ALLAH uji, ketika kita ada kuasa," katanya.
Katanya, asas utama iaitu dosa dan pahala tetap menjadi perjuangan Pas meskipun dianggap sebagai jumud mahupun ortodoks.
"Hari ini dalam sebarang sektor sekalipun, kalau kita sebut dosa dan pahala, tidak berapa laku. Orang anggap kita jumud, ortodoks dan macam-macam. Sebab apa? Terlalu beragama.
"Ada pula istilah terlalu beragama kan? Mana ada istilah itu. Beragama memang kena terlalu. Itu yang menjadikan orang bertakwa," katanya.
Beliau sempat meminta agar ahli-ahli Pas dijauhkan daripada terlibat dengan rasuah.
"Kadang-kadang orang lawan rasuah ini sebab dia tak dapat. Apabila dia dapat, dia senyap. Kalau kita terlibat dengan politik, kita tahulah kan? Benda ini memang betul-betul wujud.
"Minta jauhkanlah ada orang Pas (terlibat). Kalau ada orang Pas yang buat perangai begitu pun, dia dah masuk Amanah," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.