shahbudindotcom
Kejanggalan
demi kejanggalan dan kekalutan demi kekalutan terus berlaku dalam UMNO.
Selagi Najib Razak yang penuh masalah berada di tempatnya, selagi
itulah UMNO, bahkan negara terus menjadi bahan ketawa.
Mula-mula
mesyuarat MT diadakan di Bangunan Parlimen dan kemudian Timbalan
Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan
Wanita, Pemuda dan Puteri seperti kelazimannya.
Tahun ini, hanya ketua sayap akan merasmikan perhimpunan masing-masing.
Selepas
itu, diumumkan pula bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini akan
diadakan secara tertutup dan petugas media yang membuat liputan turut
dihadkan.
Sebarang
ucapan dan perbahasan tidak boleh lagi dilaporkan sebagaimana
tahun-tahun sebelumnya dan perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha
Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan ia bertujuan
mengelakkan banyak salah lapor oleh media.
Serentak
dengan itu, beliau juga mengumumkan bahawa dua Naib Presiden UMNO,
Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang akhbar
setiap hari pada sebelah petangnya untuk menjelaskan mengenai perjalanan
perhimpunan dan bersoal jawab dengan pihak media.
Kenapa
tiba-tiba Najib dan UMNO takut dengan media sehingga walaupun PAU
diadakan di Dewan Merdeka yang serba moden dan canggih, tetapi dengan
menjadikannya tertutup seolah-olah ia sedang bersidang dalam gua saja
keadaannya?
Kenapa dalam dunia langit terbuka, Najib mahu membawa UMNO semakin tertutup jadinya?
Bukankah semua akhbar arus perdana dan stesen televisyen memihak kepada Najib dan UMNO?
Jika
bimbang dengan salah lapor, mana perginya media arus perdana dan
segala macam blogger serta pengamal media sosial berbayar pro Najib
yang dikhabarkan berlambak-lambak ramainya?
Kenapa
dengan sokongan sekian banyak media, Najib dan UMNO masih takut dengan
kemungkinan salah lapor, lalu menjadikan perhimpunan kali ini sebuah
acara tertutup?
Tidak mampukah media pro Najib dan yang berada di bawah kawalannya menghadapi kemungkinan salah lapor itu?
Atau barangkali ada sesuatu yang ingin disembunyikan daripada terdedah kepada umum?
Selain
itu, menjadi kelaziman juga pada setiap kali PAU diadakan, biasanya
Presiden UMNO sendiri bersama lain-lain pemimpin utamanya yang akan
mengadakan sidang akhbar harian untuk menjawab isu-isu yang berbangkit
dengan pihak media.
Tetapi,
mengapa tahun ini Najib takut berhadapan dengan media, sebaliknya
menyerahkan peranan itu kepada Zahid Hamidi dan Hishammuddin?
Mengapa
tidak diserahkan saja kepada Muhyiddin berurusan dengan media jika
Najib takut melakukannya? Kenapa sekali lagi Muhyiddin selaku Timbalan
Presiden UMNO diketepikan juga?
Kalau
mahu menyerahkan tugas itu kepada Naib Presiden UMNO pula, bukankah
penyandang jawatan itu ada tiga iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan
Hishammuddin Hussein?
Berdasarkan
undi diperolehi dalam pemilihan 2013, Zahid memperolehi undi tertinggi,
diikuti Shafie tempat kedua dan Hishammuddin di tempat ketiga yang
nyaris-nyaris kecundang dengan kelebihan 9 undi berbanding Mukhriz
Mahathir.
Kenapa hanya Naib Presiden No 1 dan No 3 diberi peranan dalam sidang akhbar harian itu, manakala Naib Presiden No 2 diketepikan?
Alasan
Tengku Adnan bahawa nama Shafie tidak dimasukkan kerana ketika
keputusan tersebut dibuat semalam Naib Presiden UMNO itu tiada dalam
mesyuarat, langsung tidak boleh diterima.
Apakah
ini merupakan satu lagi petanda bahawa dalam mesyuarat MT yang akan
diadakan sehari sebelum PAU 2015 bermula nanti, Shafie bersama Muhyiddin
akan diambil apa-apa tindakan yang menyekat sama sekali mereka daripada
mengambil bahagian dalam perhimpunan kali ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.