Bernama
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata mangsa Mohd Nabil Nuriman Mohd Lazim, 9, dan Muhammad Amirul Hakim Syahrul Azman, 7, dipercayai bersama seorang lagi rakannya Muhammad Izul Apiq Amirozi, 8, telah bermain di satu kawasan lopak air dalam kebun itu, kira-kira 100 meter dari rumah Mohd Nabil Nuriman.
"Ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak menyedari bahaya bermain air di kawasan itu sebelum mereka terjatuh ke dalam perigi yang sama paras dengan lopak air," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Menurut beliau, Muhammad Izul Apiq yang berjaya menyelamatkan diri meminta pertolongan daripada bapanya yang bergegas mengeluarkan kedua-dua mangsa dari telaga itu serta meminta anak lelakinya itu pergi memberitahu kejadian tersebut kepada bapa Mohd Nabil Nuriman kira-kira pukul 5 petang.
"Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Besut namun telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk rawatan.
Mohd Nabil Nuriman merupakan pelajar kelas Program Pendidikan Khas Intervensi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi, Jerteh manakala Muhammad Amirul Hakim dari SK Kampung Nangka, Kuala Besut.
Menurut Khaled, siasatan mendapati paras air perigi yang tidak dipagar itu didapati meningkat lebih empat meter akibat daripada hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu.
Perigi lama itu masih digunakan oleh pemilik kebun sawit untuk mendapatkan sumber air bagi tujuan pertanian terutama pada musim panas.
Katanya, beliau terkejut apabila seorang daripada rakannya yang terselamat datang ke rumahnya untuk memaklumkan yang anaknya itu lemas di perigi lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.