Andaian berada di pentas pembangkang dan cuba memburuk-burukkan parti adalah satu perkara yang tidak benar
PETALING JAYA : Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman mahu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuktikan tuduhan bahawa beliau kini berada di pentas pembangkang.
Sambil melahirkan rasa simpati terhadap parti yang disertainya itu, Hamidah mempersoal langkah Tengku Adnan yang turut mengandaikan dirinya cuba memburuk-burukkan UMNO.
Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Tengku Adnan itu adalah satu tuduhan yang tidak benar dan harus dinafikan.
“Tak betul. Dimana? Bila? (berada di pentas pembangkang). Apa maksud dia (Tengku Adnan) buruk-burukkan parti?
“Dimana saya memburuk-burukkan parti? Saya tak pernah buruk-burukkan parti pun. Apakah Presiden itu parti, parti itu Presiden?,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan membuat rayuan atau mengambil tindakan undang-undang ekoran pemecatannya itu Hamidah menjawab, segalanya akan ditentukan hari ini (Jumaat). .
Tengku Adnan dilapor berkata, punca Hamidah dipecat daripada UMNO adalah ekoran beliau kini berada di pentas pembangkang dan cuba memburuk-burukkan parti itu.
Pada 24 November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Hamidah selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di bangunan sementara Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.