Roketkini.com
SABAH : Kerajaan Sabah harus memperbanyak sekolah vokasional bagi memberi kemahiran kepada anak muda seterusnya mengelakkan mereka dari berhijrah ke Semenanjung dengan kemahiran terbatas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan, Dr Edwin Bos, berkata sekolah itu dapat menampung kelompok anak muda yang gagal melanjutkan pelajaran dengan pemberian pinjaman atau biasiswa.
“Kita kehilangan beribu-ribu anak muda yang berhijrah ke Semenanjung mahupun ke Singapura, Brunei untuk mencari kerja. Ini kehilangan besar sumber guna tenaga di negeri ini,” katanya pada perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.
Kata Dr Edwin, kebanyakan yang berhijrah itu tidak ada rumah atau bilik tetap, malah ada tidur di kaki lima, selain menjadi pengemis dan terlibat dalam gejala dadah serta kerap dikait dengan perbuatan jenayah.
Beliau tidak mahu negeri ini dilabel sebagai ‘penjenayah selalu datang dari Sabah’ dan mencari jalan supaya menghenti penghijrahan mereka ke Semenanjung melalui peranan sekolah vokasional.
“Kita boleh melatih mereka dalam bidang seperti mekanik, electrik, bakeri, memasak dan lain-lain. Kita juga boleh melatih mereka dalam bidang pertanian, jururawat, pelancongan dan guru kanak-kanak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.