KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan
cadangan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor yang mahu
mengadakan mesyuarat agung parti itu secara tertutup.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mendakwa cadangan tersebut sebagai
aneh apabila sebuah parti pemerintah seperti Umno untuk mengadakan
mesyuaratnya 'dalam kelambu',
"Saya justeru mengajak anggota-anggota perwakilan Umno yang tidak
bersetuju dengan agenda mesyuarat dalam kelambu ini, supaya membuat
rakaman video, suara, gambar dan sebagainya untuk diberikan kepada
media; sebagai tanda protes, selain mendahulukan kepentingan rakyat
berbanding kepentingan individu atau puak tertentu di dalam parti,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim juga membangkitkan persoalan sama ada duta-duta asing dan
pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) lain akan dikenakan 'gag order'
sekiranya dijemput ke Perhimpunan Agung Umno 2015 (PAU2015).
"Sekiranya dijemput, adakah mereka akan dikenakan 'gag order' pula?" soal Lip Eng.
Pemimpin DAP itu berkata, jika arahan sedemikian dilaksanakan, ini
bermakna pemimpin Umno cuba merahsiakan pelbagai isu sensitif daripada
pengetahun umum.
Bagaimanapun, Tengku Adnan sebelum ini memaklumkan cadangan untuk
mengadakan mesyuarat agung secara tertutup masih belum dimuktamadkan
kerana belum dibawa kepada Majlis Tertinggi Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.