PUTRAJAYA: Tidak ada rakyat Malaysia yang terbabit dalam gempa bumi
yang melanda wilayah timur laut Afghanistan semalam, demikian menurut
Kementerian Luar hari ini.
Menurut Kementerian Luar, perkara itu disahkan oleh Kedutaan Besar
Malaysia di Islamabad dan New Delhi, serta Konsulat Jeneral di Karachi.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini juga, berkata ia akan terus memantau keadaan itu.
Kenyataan itu turut merakamkan ucapan simpati dan takziah kerajaan
Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Pakistan, Afghanistan dan India
terutamanya kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam kejadian
gempa bumi berkenaan.
Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda wilayah Hindu Kush, Afghanistan pada 5.09 petang semalam.
Media melaporkan lebih 270 orang terkorban, kebanyakannya di Pakistan.
Gegaran turut dirasai penduduk di utara India dan Tajikistan susulan gempa bumi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.