KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan firma
pelaburan negeri Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd menuntut
tiga syarikat berkaitan Umno memohon maaf secara terbuka dan menarik
balik artikel yang dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi
mereka.
MBI mengemukakan surat tuntutan pada 25 September kepada syarikat
penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit Utusan
Melayu (M) Berhad dan The New Straits Times Press (M) Berhad, yang
masing-masing menerbitkan akhbar Utusan Malaysia dan The New Straits
Times (NST).
"MBI menuntut penarikan balik secara penuh dan tidak berbelah serta
terbuka tuduhan yang merosakkan itu dan permohonan maaf secara terbuka
yang sewajarnya, untuk disiarkan mengikut terma yang diluluskan MBI
dalam masa tujuh hari dari tarikh surat tuntutan.
"Jika gagal berbuat demikian, MBI akan memulakan prosiding
undang-undang tanpa sebarang notis," kata MBI dalam satu kenyataan hari
ini.
Artikel tersebut pertama kali diterbitkan NST pada 21 Ogos di bawah
tajuk "Why No State Officials in DEIG? (Mengapa Tiada Pegawai Negeri di
DEIG?)", diikuti oleh artikel "Aset RM30B Boleh Lebur Bila-bila Masa" di
Utusan pada 22 Ogos.
Pada 2 September, TV3 menyiarkan rancangan bual bicara secara langsung
mengenai DEIG bertajuk "Soal Jawab: Skandal RM30 bilion DEIG".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.