QURNISHA HAMKA & SM AMIN
Takiyuddin berkata, Pas
lebih rela bekerjasama dengan musuh berbanding menjalinkan kerjasama
dengan pihak yang hadirnya dari serpihan parti itu. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, Parti Amanah Negara (Amanah) digesa untuk tidak masuk campur hal dan urusan dalaman Pas.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin
Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah
Amanah, Abdul Khalid Samad baru-baru ini.
“Apa yang jadi dalam parti kita adalah urusan kita. Kamu urus parti kamu, dan kami akan urus parti kami,” katanya.
Beliau juga berkata bahawa Pas lebih rela
bekerjasama dengan musuh berbanding menjalinkan kerjasama dengan pihak
yang hadirnya dari serpihan parti itu.
“Kita akan bersendiri, ia lebih baik bekerjasama dengan musuh daripada bekas rakan sepasukan,” tambahnya.
Oleh yang demikian, Pas akan kekal sebagai parti pembangkang dan tidak timbul isu akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Menjelaskan
hal itu, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum
ini telah disalah tafsirkan oleh pihak luar yang mana ianya bukanlah
bermaksud parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti
politik kerajaan kini.
“Kenyataan Presiden bukan bererti Pas nak
bekerjasama dengan BN apatah lagi kalau nak masuk BN, itu tidak pernah
timbul. Kita masih berpendirian akan kekal sebagai pembangkang , dan
kita kerjasama dengan semua parti termasuk Kerajaan Persekutuan, DAP
untuk kebaikan. Tapi bukan kami sertai BN
.
“Kerjasama bukan kita masuk BN. Ia
bermakna kita kerjasama, beri pendapat, kami (Pas) tidak pernah mahu
sertai BN melainkan BN jadi pembangkang,” katanya kepada wartawan ketika
ditemui di perkarangan Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Hadi dilaporkan berkata
parti berkenaan sedia untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak
termasuk BN dalam hal yang berkaitan.
Menjelaskan mengenai perkara itu,
Takiyuddin berkata bahawa apa yang diamalkan Pas ialah memastikan
kerjasama yang berjalan dengan mana-mana pihak adalah atas dasar
kepentingan rakyat.
“Pas tidak mahu kerjasama politik,
bertanding bersama tidak pernah. Kami kerjasama atas isu, apa yang baik
untuk rakyat kami akan kerjasama. Itu sahaja.
“Kami tidak akan kerjasama dengan BN di
Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang.
Yakin tidak yakin kalau perlu kita bersendirian kita akan bersendirian,
kita pernah bersendirian.
“Kita tidak semestinya tidak ada rakan
politik, mungkin ada rakan politi baru. Tunggu dan lihat. Kalau bukan
parti, mungkin individu”, tambah Ahli Parlimen Kota Bharu itu lagi.
Menjawab kepada The Rakyat Post, Takiyuddin berkata bahawa tidak pernah berlaku perbezaan kenyataan antara parti dan juga Hadi.
Sebaliknya, ia lebih kepada ‘salah
tafsir’ pihak luar dengan memberikan contoh berkaitan pendirian
mengangkat plakad RM2.6 billion ketika pembentangan Bajet 2016, Jumaat
lalu.
“Salah tafsir itu, beliau tak cakap yang
bangun itu tak beradab. Cuma dia kata kami menentang dengan cara
beradap, itu tidak bermaksud yang berdiri itu tak beradab.
“Tapi kalau nak lihat dari sudut negatifnya, orang boleh tafsir macam itu,” jelasnya lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.