Kohilah Sekaran, Astro Awan
KUALA LUMPUR : Adik-beradik Maembong iaitu Chacha, Yaya dan Emma yang sering dilihat seperti ‘Kadarshians’ Malaysia merupakan antara selebriti tanah air yang sering menarik perhatian peminatnya dengan berita-berita sensasi.
Seperti adik-beradik Kardashian, Chacha, Yaya dan Emma juga memiliki hubungan kekeluargaan yang agak akrab. Malah, mereka merupakan antara selebriti yang memiliki jumlah pengikut yang ramai di laman sosial mereka.
Menurut laporan Astro Gempak, kesibukan kerjaya telah menyebabkan tiga adik-beradik itu jarang meluangkan masa bersama. Apa pun, ikatan persaudaraan masih tetap utuh.
Baru- baru ini, Astro telah melancarkan satu program realiti ‘The House’ untuk memberi peluang kepada peminat-peminatnya untuk mengetahui bagaimana akrabnya ikatan persaudaraan di antara Chacha, Yaya dan Emma.
Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro kepada Astr Gempak, dengan populariti yang dimiliki oleh tiga adik-beradik itu, mereka yakin program The House bakal memikat hati para peminat yang pastinya berasa teruja untuk mengenali mereka dengan lebih dekat sekaligus mencipta fenomena baru dalam industri kandungan hiburan digital tanah air.
Difahamkan, The House mempunyai 10 buah episod keseluruhannya akan disiarkan menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my bermula 28 Oktober ini pada jam 4 petang.
Program realiti ‘The House’ juga akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) pada 2 November ini pada pukul 9.30 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.