Kenyataan Abdul Rahim Thamby Chik berbaur hasutan dan
mempunyai unsur-unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci
umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor.
Dewan diRaja Selangor merasa amat dukacita di atas kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di dalam akaun facebook beliau yang diterima pada 25 September 2015, memberi komen tentang pertukaran agama oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Dewan diRaja Selangor dengan ini menafikan sekeraskerasnya segala tohmahan dan fitnah berkaitan kenyataan ini yang merupakan satu pembohongan dan fitnah sematamata.
Berikut dipetik kenyataan beliau:
“Berita pertukaran agama oleh putera
Sultan Selangor, Tengku Amer Shah, ke Katholikisme amat menyedihkan umat
Islam di seluruh Negara dan dunia.
“Kesedihan ini ditambah dengan 2 tragedi
timpa umat Islam di Mekah dan Arafah. Moga hasrat Sultan Selangor
bertemu Pope di Vatican City akan berhasil.”
Dewan diRaja melahirkan kekesalan kerana Tan Sri Rahim Thamby Chik tiada langsung mengambil sebarang langkah untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang posting yang dibuat oleh portal-portal luar sebelum memberi pendapat dan komen beliau.
Adalah amat mudah bagi beliau untuk membuat semakan bagi menentukan kebenaran berita berkenaan sekiranya beliau mempunyai sifat tanggungjawab.
Tambahan pula posting tersebut telah diviralkan pada tahun lepas dan penafian telah dibuat oleh Ketua Polis Negara di akhbarakhbar berikutan dengan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak istana.
Tindakan Rahim Thamby Chik memberi komen terhadap berita palsu ini dirasakan sengaja dilakukan dengan niat jahat (dishonest intention) bagi mencemar dan mempersoalkan akidah Raja Muda Selangor sebagai seorang Islam dan secara langsung menyatakan Raja Muda Selangor telah murtad.
Akibat dari komen beliau ini terdapat banyak respon dan komen yang dibuat oleh orang ramai terutama umat Islam yang menunjukkan kemarahan, kebencian, cacian mereka terhadap Raja Muda Selangor dan Sultan Selangor.
Di samping itu, kenyataan beliau yang menyatakan Sultan Selangor akan bertemu Pope di Vatican City juga jelas merupakan satu pembohongan dan fitnah dan tidak seharusnya dikeluarkan oleh beliau yang merupakan bekas Ketua Menteri dan Timbalan Menteri.
Kenyataan beliau ini juga perlu dibenteras bagi mengelakkan umat Islam dari terus mempercayai dan menyebarkan pembohongan dan fitnah ini yang boleh mengakibatkan mereka tergelincir menjadi golongan fasik.
Di dalam masa yang sama Dewan diRaja Selangor ingin memaklumkan bahawa Raja Muda ketika ini sedang menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera diRaja Sandhurst, United Kingdom.
Sekembalinya Baginda ke Negara, Baginda akan ditauliahkan di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Dewan diRaja Selangor menyeru agar Rahim Thamby Chik memberhentikan dengan sertamerta segala tindak tanduknya menyebarkan berita palsu dan pembohongan ini.
(*) Penulis adalah Setiausaha Dewan diRaja Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.