shahbudindotcom
Timbalan
Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan tiba di KLIA daripada lawatannya
ke Bosnia dan Sarajevo, petang ini pada kira-kira jam 4.30 petang.
Mesej
kepada rakan-rakan, sahabat dan penyokongnya agar dapat bersama-sama
menyambut kepulangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah mula
diedarkan sejak semalam lagi.
Di Bosnia minggu lalu, Muhyiddin telah bersama-sama dengan Tun Mahathir diberi penghormatan meraikan ulangtahun ke 20 keamanan
Bosnia di mana rakyat negara itu begitu menyanjung tinggi dan terhutang
budi dengan peranan yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri terhadap
mereka selama ini.
Mengikut
laporan media, ramai rakyat Bosnia yang menangis ketika Tun Mahathir
mahu pulang kerana mengenangkan begitu banyak sumbangan dan peranan yang
dimainkannya sejak negara itu bergolak.
Walaupun
sudah dipecat daripada jawatan kerajaan bersama dengan Najb Presiden
UMNO, Shafie Apdal, realitinya Muhyiddin belum ditinggalkan sepenuhnya,
terutama oleh penyokong setia ataupun daripada golongan pencinta
kebenaran, walaupun tiada lagi "gula ditubuhnya" sebagaimana ketika
berjawatan menteri sebelum ini.
Tetapi harapan ramai ialah agar Muhyiddin dan Shafie tidak sekadar berdiam diri saja dengan pelbagai isu yang melanda negara.
Memang
Muhyiddin dan Shafie dilihat kerap memberi kenyataan media berkaitan
isu-isu tertentu, tetapi peranan mereka sebenarnya diperlukan lebih
daripada itu.
Kedua-dua
mereka perlu lebih agresif turun padang menghadiri pelbagai program,
menerima jemputan NGO-NGO dan menemui seramai mungkin kelompok
masyarakat bagi menyuarakan pandangan mengenai permasalahan dalam
negara.
Sekarang
ini terlihat hanya Tun Mahathir seorang yang begitu aktif, bukan saja
menyuarakan pandangan dan kritikan melalui blognya, bahkan tidak
henti-henti menghadiri pelbagai program dalam usahanya menyingkirkan
Najib Razak atas kepercayaannya untuk menyelamatkan negara ini.
Dalam
hal ini, Muhyiddin dan Shafie harus sama aktif dengan Tun Mahathir jika
mereka benar-benar yakin keadaan negara sedang bermasalah ketika ini
dan perlu dipulihkan dengan segera.
Berdiam diri hanya akan menyebabkan mereka semakin dilupakan, tidak dipedulikan dan akhirnya "mati kering" begitu saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.