SELANGOR KINI
KUALA LUMPUR: Sebatang sungai di Kuala Selangor, disyaki
menjadi lokasi suspek membuang barang kes yang dipercayai ada kaitan
dengan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata pasukan siasatan sedang mengenal pasti sungai berkenaan dan usaha pencarian akan dibantu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Kita sedang kenal pasti kawasan di mana barang kes terbabit dibuang. Usaha mencari barang kes akan dimulakan sebaik kita kenal pasti kawasan pencarian sewajarnya.
“Pasukan
forensik turut memeriksa sebuah kafe di belakang pusat servis kenderaan
di Jalan USJ1, Subang Jaya, semalam. Hasil pemeriksaan, mereka merampas
beberapa barang kes di situ,” katanya dipetik BH Online.
Akhbar sebelum ini melaporkan suspek dipercayai membuang objek tumpul yang digunakan untuk membunuh Kevin dan telefon bimbit milik mangsa ke dalam sebuah sungai.
Zainuddin berkata, dalam perkembangan berkaitan, polis menahan dua lagi suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Kevin, 55, dilaporkan hilang sejak 4 September, sebelum mayatnya ditemui disimen dalam tong dram yang dihumban dalam parit tepi Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1 Subang Jaya, pada Rabu lalu.EZY
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata pasukan siasatan sedang mengenal pasti sungai berkenaan dan usaha pencarian akan dibantu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Kita sedang kenal pasti kawasan di mana barang kes terbabit dibuang. Usaha mencari barang kes akan dimulakan sebaik kita kenal pasti kawasan pencarian sewajarnya.
Akhbar sebelum ini melaporkan suspek dipercayai membuang objek tumpul yang digunakan untuk membunuh Kevin dan telefon bimbit milik mangsa ke dalam sebuah sungai.
Zainuddin berkata, dalam perkembangan berkaitan, polis menahan dua lagi suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Kevin, 55, dilaporkan hilang sejak 4 September, sebelum mayatnya ditemui disimen dalam tong dram yang dihumban dalam parit tepi Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1 Subang Jaya, pada Rabu lalu.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.