Isnin, 28 September 2015

Mahkamah tangguh dengar RUU Persendirian pada 5 Oktober

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan 5 Oktober depan bagi mendengar keputusan mahkamah terhadap bantahan awal oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speker Dewan Negara Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
Perbicaran kes saman ke atas Abdul Hadi ekoran tindakan PAS membawa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 untuk membolehkan sebahagian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dapat dilaksanakan di Kelantan. 
 
Jun lalu, empat individu memfailkan permohonan untuk mencabar rang undang-undang persendirian, bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud dibentangkan di parlimen.
 
Individu itu ialah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu yang berhujah bahawa langkah tersebut bercanggah dengan Perlembagaan.
 
Mereka juga memohon injunksi bagi menghalang Dewan Rakyat membahaskan rang undang-undang tersebut.
 
Terdahulu, mahkamah mendengar bantahan peguam yang mewakil Abdul Hadi, Datuk Sulaiman Abdullah yang berhujah mengenai saman yang dibuat plaintif tidak mengikut prosedur.
 
"Jika bantahan itu diterima nanti, maka kes saman ini akan tertolak. Jika bantahan ini tidak diterima, maka kes saman ini akan diteruskan," demikian lapor laman Facebook rasmi PAS.
 
Abdul Hadi pada Mac lalu mengemukakan notis bagi membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.
 
Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.
 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.