SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di
sini, hari ini, menangguhkan sebulan satu kes membabitkan Seksyen 168
dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais yang
ditemui mati, pada Rabu lalu.
Hakim Sabariah Atan menetapkan 19 Oktober ini sebagai tarikh kepada kes terbabit yang sebelum ini dipohon oleh Morais untuk menjalankan perbicaraan sama berikutan tertuduh menghadapi tiga tuduhan mengikut kesalahan sama.
Mengikut pertuduhan, R Kunaseegaran, 52, selaku doktor pakar patologi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Kuala Lumpur didapati menjalankan perniagaan walaupun menjawat jawatan sebagai penjawat awam.
Kesalahan terbabit dilakukan pada 9 April 2010 hingga 8 April 2011 di Syarikat Clinipath (Malaysia) Sdn Bhd, No 23 Galeri Empire, Jalan Empayar Off Persiaran Sultan Ibrahim/KU 1, Klang.
Bagi tuduhan kedua, Kunaseegaran yang tidak hadir semalam, didakwa melakukan perbuatan sama pada 9 April hingga 31 Disember 2011 di alamat serupa.
Dia dituduh mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sampai satu tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.