AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
Dua 'abang sado' sedang membancuh kopi untuk pelanggan. - Foto Facebook Pirate Coffee Batu Pahat & Kluang
KUALA LUMPUR, Baru seminggu berniaga, Pirate Coffee ‘abang sado’ mendapat sambutan di luar jangkaan daripada penduduk di Batu Pahat dan Kluang, Johor.
Malah, ada yang sanggup beratur panjang,
semata-mata mahu menikmati segelas kopi sejuk sambil melihat jejaka
bertubuh sasa yang baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.
Jika sebelum ini, keistimewaan Coffee King di Ipoh menjadi viral
sehingga orang ramai beratur panjang, Pirate Coffee tidak jauh beza
dari segi kelazatannya, menyebabkan penduduk setempat berpusu-pusu
mendapatkan minuman tersebut.
Seorang pelanggan Pirate Coffee Tiq
Suraji menulis di laman Facebooknya, “Akhirnya! Dapat juga rasa air
tangan abang sado Pirate Coffee ini. Jenuh beratur sabar tunggu
giliran.”
Muhamad Azree pula kagum dengan keberanian anak-anak muda itu menceburi bidang perniagaan dan menghasilkan produk bermutu.
“Saya
kagum dengan mereka. Kemungkinan besar mereka akan kekalkan produk ini
kerana berbaloi. Saya tidak perlu membandingkan minuman ini dengan
Starbuck kerana lebih utama, minuman ini mempunyai rasa mereka yang
tersendiri dan cukup unik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.