AKMAL HAKIM & AINA ZURIANA
Jalur Gemilang mengetuai
perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang bertemakan 'Sehati
Sejiwa' di Dataran Merdeka, pada Isnin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR, Jalur Gemilang yang diarak pada perarakan kontinjen sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, pagi semalam, tidak terbalik.
Menurut laman web rasmi Jabatan
Penerangan yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia,
kepala bendera yang terdiri daripada bulan sabit dan bintang perlu
diusung mendahului perarakan.
Ini bermakna, cara bendera itu diarak
adalah betul dan mematuhi protokol ditetapkan, iaitu bulan sabit dan
bintang terletak di penjuru kiri atas.
“Jika bendera dibawa berarak secara
terbentang, bahagian kepala bendera (bulan sabit dan bintang) hendaklah
diusung mendahului perarakan, sama seperti jika ianya dibawa dengan
tiang bendera,” demikian menurut maklumat yang disiarkan di laman web
rasmi jabatan berkenaan.
Semalam, gambar Jalur Gemilang diarak,
ketika perarakan kontinjen sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di
Dataran Merdeka, tersebar di media sosial.
Gambar yang dikongsi di laman Facebook
Oh! Media itu menerima pelbagai maklum balas daripada warga maya,
termasuk ada yang mendakwa ia diarak secara ‘terbalik’.
Seorang pengguna Facebook bernama Mohamad
Fitri berkata: “Apabila bendera diarak, bahagian bulan sabit dan
bintang mesti di hadapan. Tiada apa-apa yang tidak munasabah tentang
bendera ini.”
Bagi Hisham Salim pula: “Saya melihat
siaran langsung di televisyen dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena
dengan kedudukan bendera.”
Mohammad Faiq berkata: “Ia tidak
terbalik, lihat dengan teliti. Gambar itu diambil dari sudut berbeza.
Sudah pasti ia akan kelihatan terbalik.”
Gambar itu turut dikongsi lebih 40 kali dan menerima lebih 600 like.
Bekas penyampai radio, Patrick Teoh yang
turut terbabit dalam kekeliruan itu, memohon maaf kerana mengkritik
pembawa Jalur Gemilang.
“Saya mohon maaf kepada semua atas kesilapan yang bodoh dan cuai ini,” tulisnya di laman Facebook milik beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.