BEN TAN
Bas yang dinaiki 23
pelajar hilang kawalan dan terjunam di Jalan Seelong di Senai, awal pagi
tadi. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
KULAI, Empat orang pelajar sekolah menengah cedera apabila bas sekolah yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit di Jalan Seelong, Senai di sini.
Mangsa terdiri daripada dua orang pelajar
lelaki dan dua pelajar perempuan yang mana salah seorang daripada
mereka patah di bahagian bahu, dalam insiden yang berlaku pada jam 6.45
pagi itu.
Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai
Bomba Kulai bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil masa selama 20
minit untuk menyelamatkan pelajar berkenaan.
Pelajar yang cedera tersebut dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk mendapatkan rawatan.
Baki 19 orang pelajar lagi bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.
Terdahulu,
bas berkenaan yang membawa 23 orang pelajar dari Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Senai itu terbabas selepas cuba untuk mengelak daripada
merempuh sebuah lori yang berada di laluan bertentangan.
Timbalan Ketua Polis Pulai, Deputy
Superintendent Mohad Idris Samsuri berkata pemandu bas berusia 35 tahun
itu kemudiannya gagal mengawal kenderaan tersebut dan menyebabkan
terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum berpusing dan terjunam ke dalam
parit.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara cuai,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.