Pembangkang akan mengatakan yang mereka
berjaya menarik ramai rakyat Malaysia turun kepada ke Bersih 4.0 rally
kali ini. Manakala pastinya pihak penganjur Bersih 4.0 akan mendabik
dada mengatakan yang penganjuran mereka berjaya, sehingga katanya hampir
500,000 orang turun ke himpunan tersebut.
Katanya….
Semua
orang boleh mengatakan berapa jumlah yang hadir dalam perhimpunan
tersebut kerana angkanya begitu subjektif untuk diterjemahkan dan
dihebahkan umum.
Tetapi walauapapun, kerajaan Najib Razak
tidak boleh berpeluk tubuh melihatnya sahaja daripada kaca televisyen
atau meninjau daripada “tingkap pejabatnya di Putrajaya”
gelagat anak muda dan rakyat Malaysia berkampung bukan sahaja di
sekitar Kuala Lumpur malahan seluruh dunia yang mengangkat atas slogan
Bersih, jikalau Najib Razak dan rakan-rakan seperjuangannya serta
pengikutnya sayangkan kuasa dan jawatannya.
Najib dan Kerajaan Usah Perlekehkan Mesej Bersih 4.0 Rally!
Nasihat Berita Semasa dengarlah suara mereka sekarang, bertindaklah! Dalam politik :
- Perdana Menteri hanyalah seorang CEO syarikat yang bernama Malaysia
Menteri dan ahli politik hanyalah pekerja-pekerja semata
Rakyat Malaysia dan pengundi adalah ahli lembaga syarikat yang memantau daripada jauh prestasi anda- Dan setiap 5 tahun sekali ahli lembaga inilah yang akan menentukan nasib anda-anda semua
- Pada masa itu sudah terlambat, kerana penentuan undi ahli lembaga adalah kepada sentimen lebih sayangkan syarikat bernama Malaysia berbanding daripada CEO dan kakitangan yang tidak mahu dengar respon dan aduan daripada para shareholders selama ini
Mereka-mereka ini bukan orang lain rakyat Malaysia juga termasuk yang terlibat dan menyokong Bersih 4.0 rally
kali ini. Orang-rang inilah yang anda akan puja, yang anda akan
berdamping dan sembah serta merintih undi mereka menjelang Pilihanraya
Umum ke 14 kelak.
P/S : Ingatlah jumlah pengundi muda di
Malaysia, serta kalangan profesional menjelang Pilihanraya Umum ke 14
kelak, semakin bertambah. Mereka tidak ini sama sekali tidak lupa
sejarah, cintakan negara tetapi mereka ini memikirkan survival mereka,
anak cucu mereka di masa akan datang. Fikirkanlah! Renungkanlah! Masih
belum terlambat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.