LENGGONG: Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin-pemimpin itu di
peringkat bahagian agar tidak mempertikaikan sumber dana yang diperolehi
oleh ketua bahagian ketika pilihan raya.
Katanya, timbalan ketua bahagian harus kekal setia kepada ketua mereka.
"Contohnya apabila pilihan raya, apabila terdapat peruntukkan sama ada
dari Barisan Nasional pusat atau ibu pejabat parti atau daripada
mana-mana pihak yang nak menderma, apa hak timbalan ketua bahagian untuk
menyoal dari mana sumber dana itu.
"Eh, itu ketua bahagian punya pasal lah untuk menang pilihan raya dalam
bahagian dia," kata Ahmad Zahid ketika merasmikan persidangan
perwakilan Umno Bahagian Lenggong pada Sabtu.
Apa yang penting katanya, untuk semua ahli Umno bekerja sebagai satu pasukan dan mengelak pertikaian dalaman.
"Musuh sebenar kita bukannya di luar parti kita tetapi di kalangan kita sendiri.
"Apabila timbul kekeliruan, pemimpin mesti tampil dan menjelaskan
situasi sebaik yang mungkin bukan mencelarukan lagi keadaan," ujarnya
lagi.
Beliau turut mengingatkan para pemimpin Umno supaya tidak terlalu beremosi ketika parti sedang bergelut dengan konflik.
"Jika orang di bawah kita beremosi, kita sebagai pemimpin harus
berupaya merasionalisasikan keadaan dengan penjelasan mengapa sesetengah
keputusan itu dibuat," ujarnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.