Tun M mengingatkan perjuangan UMNO untuk ahli dan orang Melayu bukan untuk pemimpin parti.
PETALING JAYA: Beberapa pemimpin politik telah lupa tanggungjawab mereka kepada rakyat selepas bergelar wakil rakyat.
Dalam tegurannya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta mereka yang telah menyimpang supaya kembali ke pangkal jalan.
“Kembalilah ke pangkal jalan. Kamu telah tersasar,” katanya.
Dalam ucapannya pada sesi Bicara Negarawan di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru, beliau menegaskan UMNO sepatutnya berjuang untuk ahli-ahli dan orang Melayu, bukan hanya untuk pemimpin parti.
Dalam sidang media di majlis yang sama, beliau mengulas lanjut mengenai kepimpinan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kemungkinan berdepan dengan usul undi tidak percaya di Parlimen.
“Hakikatnya untuk singkirkan Najib sahaja, kerana kerajaan BN dia masih mempunyai majoriti, jadi Barisan Nasional perlu pilih pemimpin mereka yang baru.
“Rakyat tiada masalah dengan BN ataupun dengan UMNO tetapi rakyat ada masalah dengan Najib,” katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.