THE RAKYAT POST
Laporan
perhimpunan Bersih 4.0 oleh: Rajvinder Singh, Fernando Fong, Nawar
Firdaws, Michael Murty, SM Amin, Qurnisha Hamka, Ikhwan Hazwan, Azizi
Sunip, Noraizura Ahmad, Ahmed Syahril Zulkeply, Dennis Wong, Sandra
Sokial, A Azim Idris, Akmal Hakim,
Gambar dan video oleh: Azrol Ali, Daniel Chan, Mokhsin Zamani, Arif Kartono, Adib Hakim, Desmond Prashan, Khairul Hasnor
LAPORAN TERKINI PERHIMPUNAN BERSIH 4.0 DI KUALA LUMPUR, KOTA KINABALU DAN KUCHING
Perhimpunan aman Bersih 4.0 anjuran yang
dijadual berlangsung selama 34 jam, diteruskan pada hari kedua, hari ini
dengan program dijangka berakhir jam 11.59 malam ini.
7.30pg (KK)
Di Kota Kinabalu, polis menyekat semua
laluan masih ke Teluk Likas 2. Kumpulan Bersih 4 Kota Kinabalu (B4KK)
dinasihatkan oleh peguam mereka untuk kekal berada di taman berkenaan.
Mereka akan memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil selepas
perbincangan dengan peguam mereka dibuat.
9.45pg (KK)
Sehingga kini, hampir 300 penyokong
berkumpul di kawasan awam Teluk Likas 2. Bagaimanapun, belum dimaklumkan
mengenai perkembangan terkini berhubung acara Berjalan Kaki Untuk
Demokrasi. Malah, sejumlah besar polis turut berkumpul di sini.
9.50pg (KK)
Pengerusi Bersih Sabah, Jannie Lasimbang
mengangkat sepanduk yang bertulis Corruptor (pengamal rasuah), sebagai
menunjukkan bantahannya. Dia kemudian berkata, mereka memutuskan untuk
berjalan di laluan jogging di taman awam Teluk Likas 2. Penganjur
memberi taklimat kepada penyokong mengenai peraturan dan laluan yang
akan digunakan.
10pg (KK)
Acara Berjalan Kaki Untuk Demokrasi bermula sambil penyokong melaungkan “Bersih, Bersih” dan “Reformasi”
10.30pg (KL)
Demonstrasi di ibu negara bermula ceria
dengan acara di atas pentas utama dimulakan tepat jam 10 pagi oleh
kumpulan BangArt, bersama ketukan dram yang disambung dengan laungan
`Bersih’ oleh peserta di perkarangan Dataran Merdeka.
Sejurus selepas itu, mereka turut dihiburkan dengan tarian oleh penari klasik, Geetha Shankaran Lam, 46, selain kumpulan Awake.
11PG (KUCHING)
Perhimpunan #Bersih4 di Sarawak yang
menyaksikan kira-kira 500 penyokong berkumpul pada hari kedua,
dihentikan serta merta oleh penganjur akibat masalah teknikal.
Pengerusi Penganjur Bersih 4.0 di
Kuching, Nicholas Mujah Ason berkata acara itu dibatalkan serta-merta
berikutan pelanggaran syarat antaranya termasuk kehadiran kanak-kanak
dan kerugian akibat sistem pembesar suara (PA) yang diambil balik oleh
penyewa.
12.05TENGAHARI (KL)
#Bersih4 KL berehat, program akan disambung jam 2 petang. Kehadiran pagi ini dianggarkan lebih 10,000 peserta
12.05TENGAHARI (KK)
Bersih 4 Kota Kinabalu bersurai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.