MALAYSIAKINI
Semua 29 individu yang ditahan ekoran perhimpunan #TangkapNajib di Kuala
Lumpur hari ini disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana
terlibat dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata penunjuk perasaan
juga mungkin disiasat mengikut Seksyen 143 kerana menyertai perhimpunan
haram.
Seksyen 124 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, manakala Seksyen
143 boleh memperuntukkan hukuman enam bulan penjara, denda atau
kedua-duanya.
Penggunaan Seksyen 124 sangat jarang kerana polis biasanya menggunakan
peruntukan Seksyen 143 dan Akta Perhimpunan Aman ke atas penunjuk
perasaan.
Selain penunjuk perasaan, seksyen itu juga digunakan polis ketika
menyiasat orang besar The Edge Media Group Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat,
selain bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S Ambiga
Sreenevasan.
Dalam kenyataannya hari ini Tajudin berkata tangkapan dibuat di luar kompleks beli-belah Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Razak.
"Dianggarkan kira-kira 200 orang terbabit dalam tunjuk perasaan itu," katanya.
Ketika polis membuat tangkapan, ada beratus-ratus orang di kawasan
bekrneaan tetapi sukar untuk memastikan sama ada mereka adalah peserta
perhimpunan #TangkapNajib atau orang awam yang membeli-belah.
Ada sehingga 200 anggota polis ditugaskan mengawal kawasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.