Selasa, 25 Ogos 2015

Rujuk TMJ supaya tak malu kemudian hari'

MALAYSIAKINI

 

Seorang wartawan veteran meminta supaya pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya merujuk kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi pihak ayahanda, Sultan Ibrahim Ismail.

"Hanya untuk memastikan semuanya selamat dan untuk elak rasa malu.

"Selepas ini, (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri) Zahid (Hamidi) atau mana-mana ahli politik Umno termasuk Najib mungkin perlu merujuk dengan (Tunku Mahkota) Tunku Ismail sebelum membuat sebarang kenyataan bagi pihak ayahnya, Sultan Johor," kata Ahiruddin Attan dalam tulisan di blognya, Rocky Bru.

Jumaat lalu, selepas menghadap Sultan Ibrahim, Zahid memberitahu perwakilan Kota Tinggi Johor bahawa pihak istana berpendapat hanya Umno yang boleh menyatukan Melayu.

Walaupun Zahid berkata, Sultan tidak mengatakannya dalam bentuk perkataan, namun naib presiden Umno itu percaya bahawa ia merupakan apa yang difikirkan oleh Sultan Johor itu.

Beberapa jam selepas kenyataan Zahid itu, Tunku Ismail kemudian menulis di dalam Facebooknya bahawa beliau tidak menyokong dan memihak kepada mana-mana parti politik tetapi hanya menyokong pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat dengan penuh integriti, ketelusan dan kehormatan.

Sebelum ini juga, Tunku Mahkota Johor menegur seorang lagi pemimpin Umno negeri kerana membuat kenyataan bahawa tiada masalah antara Sultan Johor dan perdana menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.