Ahad, 30 Ogos 2015

MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya

MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya
Mahathir (tengah) ketika mengadakan sidang media di Pasar Seni, Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto Sinar Harian
 
 
KUALA LUMPUR - Semua ahli Parlimen Umno perlu berani membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu dipilih lagi dalam PRU akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Umno perlu berani bertindak jika mereka sayangkan parti.

"Kita nak singkir Najib sahaja, BN kekal, tetapi beliau tidak akan letak jawatan. Jika undi tak percaya mahu berjaya, MP Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya.

"Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh. Kerajaan selepas itu perlu BN kerana BN ada majoriti," katanya kepada pemberita ketika turun ke Pasar Seni sebentar tadi bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menurut Mahathir lagi, perhimpunan Bersih 4.0 tidak mungkin boleh menurunkan Najib melainkan dengan undi tidak percaya yang dibuat ahli Parlimen. 

"Saya minta MP Umno sedia (undi tidak percaya). Saya melihat demonstrasi terhadap Presiden Guatemala, mereka demonstrasi berhari-hari, tapi dia tidak berundur.

"Sokong MP anda, jika tidak sokong undi tak percaya, kami tidak akan undi sebagai MP lagi. Sekarang ini tugas rakyat utk menjadikan negara ini ditadbir tanpa rasuah," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.