DENNIS WONG
Dari kiri, Jurucakap
Bersih 4.0 Kuching spokesperson Karen Shephard, Nicholas Mujah dan Ahli
Jawatankuasa Ahmad Awang Ali ketika ditemui hari ini. Foto TRP/ Dennis
Wong
KUCHING, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bersetuju perhimpunan Bersih 4 diadakan di Padang Song Kheng Khai.
Pengerusi Penganjur Bersih 4, Nicholas
Mujah berkata, pihak majlis mahukan ia diadakan di kawasan letak kereta
Stadium MBKS, namun kawasan itu tidak boleh digunakan untuk penganjuran
apa-apa acara.
“Pihak majlis gagal dalam menjaga
kemudahan ini dan ia berada dalam keadaan menyedihkan. Apa yang lebih
teruk, ia sebenarnya adalah kawasan pembinaan,” katanya.
Penganjur perhimpunan itu memohon 10
kawasan di bandaraya itu di mana antara kawasan berkenaan adalah di
bawah MBKS dan Majlis Pembangunan Ekonomi Sarawak, yang mana ia ditolak.
Sehubungan dengan itu, Polis Kuching
menasihatkan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu di Padang Song
Kheng Khai yang mana sebelum ini ia digunakan oleh rakyat Sarawak untuk
acara Sarawak For Sarawakians Independence Walk pada 22 julai lalu yang
menghimpunkan lebih 10,000 peserta.
Mujah turut mengucapkan terima kasih
kepada polis Sarawak kerana membantu mereka menetapkan lokasi perhimpuan
dan akan mengikut arahan polis pada perhimpunan yang dijadualkan Sabtu
ini.
“Syarat yang perlu dipatuhi adalah
kelancaran perjalanan di bandar itu dan dalam masa yang sama penjaja
gerai di Song Kheng Khai menerima perhimpunan ini.
“Kami percaya himpunan ini tidak akan
menjadi seperti yang berlaku di Kuala Lumpur sebelum ini. Kami akan
berikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan keselamatan dan keamanan
sepanjang perhimpunan,” katanya.
Perhimpunan Bersih 4 dijadualkan
berlangsung serentak di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu bermula jam 2
petang pada 29 Ogos hingga tengah malam 30 Ogos.
Sementara itu, MBKS bagaimanapun gagal dihubungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.