OLEH JENNIFER GOMEZ DAN JOSH TEO
Jawatankuasa
tertinggi Bersih pada sidang media memberi maklumat terkini berkenaan
himpunan Bersih 4 di Petaling Jaya, hari ini. Mereka mengutuk sekatan
Internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang
disifatkan menidakkan hak rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh
Seth Akmal. Bersih 2.0 secara rasmi
mengkritik rancangan pengawal selia Internet Malaysia untuk menyekat
laman sesawang yang mempunyai maklumat mengenai perhimpunan Bersih 4
pada hujung minggu ini, menggelarnya satu tindakan "penjajahan".
Kumpulan reformasi pilihan raya itu juga menggesa orang ramai
menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) yang dikatakan sama seperti penapisan.
Ahli Jawatankuasa Bersih, New Sin New berkata SKMM tidak mempunyai
sebarang hak menyekat laman sesawang dan Bersih tidak akan teragak-agak
mengambil tindakan undang-undang terhadap suruhanjaya itu jika ia tidak
mengubah keputusannya.
"Sebagai rakyat Malaysia kita berhak mendapat maklumat, jadi sila emel
atau menulis surat kepada mereka dan beritahu yang mereka tidak
mempunyai hak menyekat semua akses," kata New. "Bagaimana maklumat mengenai Bersih 4 akan mengancam ketenteraman awam?
Mereka perlu membuktikannya jika kita membawanya ke mahkamah," soal New
dan menggesa orang ramai mengemukakan aduan mereka terhadap SKMM kepada
penganjur perhimpunan itu juga.
SKMM hari ini mengumumkan rancangan menyekat laman sesawang mempromosi
dan berkongsi maklumat mengenai perhimpunan 29 dan 30 Ogos yang akan
diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
SKMM berkata, keputusan dibuat untuk menyekat laman sesawang
"menggalakkan, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk
menyertai demonstrasi Bersih 4 ", yang akan "mengancam kestabilan
negara".
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah juga mengkritik SKMM, berkata
ia sepatutnya menggalakkan kebebasan penyebaran maklumat.
"Kami membantah kuat larangan itu," katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Penyelaras Sumber Bersih 2.0 Dr Wong Chin Huat berkata, langkah SKMM
"seperti badan penjajah kepada kaum yang dijajah" yang menghantar
isyarat salah kepada ekonomi Malaysia.
"Aliran kebebasan maklumat merupakan prasyarat sebuah ekonomi moden
untuk beroperasi. Malaysia bukan China, yang begitu besar sehingga mampu
menekan medianya sendiri.
"Apa yang anda akan haramkan seterusnya, ini mencipta sesuatu yang
tidak baik," kata Wong, sambil menambah rakyat perlu dibenarkan
mengakses kepada maklumat dan membuat keputusan sendiri selepas mendapat
maklumat secukupnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.