Oleh Ermizi Muhamad
PETALING JAYA: Polis diingatkan supaya tidak menggunakan semburan gas pemedih mata termasuk kekerasan terhadap peserta Himpunan Bersih 4 yang bakal menghimpunkan 100,000 rakyat di ibu negara hujung bulan ini.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah menuntut jaminan polis itu berterusan kerana himpunan tersebut melibatkan sejumlah besar orang awam.
Polis diingatkan supaya tidak bertindak ganas seperti di Himpunan Bersih 3 sebelum ini.
“Dalam pertemuan saya dengan polis sebelum ini, mereka ada maklumkan tidak akan menggunakan gas pemedih mata.
“Soal keselamatan adalah perkara paling penting bagi penganjur kerana himpunan ini juga melibatkan ramai orang awam.
“Saya harap, pihak polis tahu apa yang sepatutnya mereka boleh lakukan dan begitu juga sebaliknya,” jelas beliau ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bersih 4, di Dewan Sivik MBPJ, malam tadi.
Maria berharap himpunan kali ini tidak mengulangi insiden provokasi dan kekasaran melibatkan anggota polis dan peserta seperti dalam siri himpunan Bersih sebelum ini.
Antara lain, polis menggunakan gas pemedih mata terhadap peserta Himpunan Bersih 2 dan 3 pada 2011 dan 2013.
Peserta juga ditangkap dan dikasari termasuk petugas media dipukul polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.