Bersih 4 yang akan mengakhiri perhimpunan 34 jamnya tengah malam ini, akan terus berada di sekitar Dataran Merdeka, kata penganjurnya kumpulan pemantau pilihan raya Bersih 2.0.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, meskipun pihak polis memutuskan menukar lokasi sambutan kemerdekaan malam ini ke Bukit Jalil, Bersih 4 akan teruskan perhimpunan seperti dirancang.
"Bersih 2.0 tidak terlibat dalam membuat keputusan ini.
"Kami sebenarnya bersedia untuk berkongsi ruang Dataran Merdeka dengan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, keputusan memindahkan lokasi sambutan ambang kemerdekaan malam ini ke Stadium Bukit Jalil dimaklumkan kepadanya oleh OCPD Zainol Samah dari ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Maria kemudiannya menyampaikan perkhabaran itu kepada pihak media.
"Bersih 4 akan meneruskan perhimpunan aman seperti yang dirancang di Dataran Merdeka, tiada sebarang perubahan.
"Tiada rempuhan sekatan dan kami akan bersurai sebelum 12 tengah malam," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.