DENNIS WONG
Roslan mengakui sekalipun ada peserta yang membawa kanak-kanak, namun, selepas ditegah, mereka patuh. Foto TRP/Dennis
KUCHING, Kurang 500 peserta perhimpunan Bersih 4.0 di Kuching yang berhimpun sejak awal pagi di padang Song Kheng Khai, pagi ini, bagi meneruskan acara demokrasi yang masuk hari kedua, hari ini, kecewa apabila ia dibatalkan tiba-tiba.
Pengerusi Penganjur Bersih 4.0 di
Kuching, Nicholas Mujah Ason berkata acara itu dibatalkan serta-merta
berikutan pelanggaran syarat.
Antara alasan yang diberikan termasuk
kehadiran kanak-kanak dan kerugian akibat sistem pembesar suara (PA)
yang diambil balik oleh penyewa.
Sementara itu, Ketua Polis Kuching
Asistan Komissioner Roslan Bek Ahmad, berkata sekalipun penganjur
membatalkan acara, polis tetap memberi kemudahan sehingga tengah malam,
seperti yang dipersetujui.
Roslan juga berkata, selain daripada
empat laporan yang diterima berhubung pelanggaran syarat kecil,
penganjur berjaya mengendalikan acara itu secara teratur.
“Saya gembira dan berterima kasih kepada
mereka yang mengekalkan disiplin. Ada yang datang dengan anak mereka,
tetapi selepas dinasihati ia melanggar peraturan, mereka patuh,” kata
Roslan.
Antara syarat yang dilanggar adalah ahli DAP berarak dari Taman Seri Sarawak ke padang Song Kheng Khai.
Bagaimanapun, Roslan mengesahkan tiada tangkapan dibuat sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.