Bersih 4 berjaya tetapi sukar lobi ahli Parlimen BN, kata Maria
Pengerusi
Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bercakap pada sidang media di Kuala
Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. Penganjur demonstrasi Bersih 4 berkata sukar
untuk mereka melobi ahli Parlimen melaksanakan usul undi tidak percaya
terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila Parlimen
bersidang Oktober depan meskipun demonstrasi yang berakhir malam tadi
berjaya dilaksanakan.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya
menganggarkan sekitar 500,000 peserta menyertai demonstrasi tersebut dan
sasaran seterusnya adalah untuk pilihan raya umum dilaksanakan antara
tempoh 12 hingga 18 bulan lagi.
"Kami perlu bekerja keras untuk melobi ahli Parlimen," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga bersedia ditangkap dan kini sedang "menantikan" tindakan pihak berkuasa.
"Pasukan guaman kami bersedia," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Maria berkata, Bersih 4 sudah berjaya menerima kutipan derma daripada orang ramai sebanyak RM2.45 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.