Ahad, 30 Ogos 2015

Atuk hadiri BERSIH 4 'demi masa depan cucu'

Yap Jia Hee 





Dalam suasana sekitar yang riuh rendah, Koh Joo Hoo membuka beg tidurnya di bawah sepohon pokok dekat Dataran Merdeka.

"Saya sangat letih dan ingin tidurlah tetapi sekitar sangat bising,” katanya ketika ditemui malaysiakini.

Koh berumur 56 tahun merupakan ayah kepada tiga orang anak dan tiga orang cucu.

Beliau datang sendirian ke perhimpunan BERSIH petang ini.

Antara yang disediakan oleh Koh untuk bermalam di Dataran Merdeka ialah dua botol air minuman 6 liter, beg tidur, air untuk cuci muka pagi esok, gas kecil untuk masak air panas, teh, ubi kayu dan makanan tenaga.

"Ini pertama kali saya bermalam di jalan, takut juga.

"Namun jika saya tak datang, masa depan cucu saya lagi susah," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.