A.AZIM IDRIS
Permintaan bersolidariti
oleh kumpulan yang menamakan diri mereka 'Malaysians stand in solidarity
with The Edge' di laman facebook mereka. - Foto Facebook.
KUALA LUMPUR, Satu perhimpunan dijangka diadakan petang esok untuk menunjukkan solidariti kepada pemilik akhbar kumpulan The Edge yang digantung permit penerbitan selama tiga bulan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Satu kumpulan Facebook yang menggelarkan
diri mereka “Malaysians stand in solidarity with The Edge” (Rakyat
Malaysia bersolidariti bersama The Edge) akan berkumpul di hadapan
pejabat akhbar berkenaan di Mutiara Damansara pada kira-kira jam 3
petang.
Perhimpunan itu merupakan sebahagian
kempen untuk menarik kembali penggantungan akhbar mingguan
The Edge dan
The Edge Financial Daily, susulan pendedahan mereka berkenaan isu
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Mari, mari, semua! Rakyat Malaysia perlu
tahu mengenai #1MDB. Marilah dan gesa kebebasan maklumat dan
akauntabiliti kerajaan supaya ia didengar dengan jelas.”
“Hak kita untuk mendapatkan maklumat
ditekan hebat oleh perdana menteri dan pengurusannya,” kata
kumpulan itu
yang menggesa rakyat Malaysia untuk bersolidariti.
Mereka yang mahu hadir diminta mengenakan pakaian hitam atau biru.
Tidak disertakan siapa yang menganjurkan
perhimpunan berkenaan tetapi bahagian ‘about’ (berkenaan) laman komuniti
itu berkongsi pautan dengan propembangkang portal Aliran
(http://aliran.com/)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.