Rabu, 1 Julai 2015

Semua agama larang pakaian mencolok mata

Ridhuan Tee menyifatkan puak yang membantah kod etika pemakaian sebagai tidak bertamadun


Ridhuan-Tee-Abdullah



PETALING JAYA: Penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencabar puak ultra kiasu dan pihak yang tidak bersetuju dengan etika pemakaian supaya masuk ke gereja atau tokong dengan hanya berseluar dalam.

Dia membuat cabaran itu selepas salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) DAP, Ng Sze Han, yang sengaja menyindir kod etika pemakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Mohd Ridhuan Tee turut menyifatkan mereka yang membantah kod etika pemakaian sebagai individu tidak bertamadun.

“Puak-puak jenis ini manusia tak bertamadun. Tidak ada agama yang membenarkan pakaian mencolok mata.

“Elok juga mereka-mereka ini masuk ke gereja atau tokong dengan berseluar dalam sahaja selepas ini jika tidak percaya kepada etika pakaian,” katanya lapor Ismaweb.net.

Menjelaskan mengenai perkara itu, beliau yang juga pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) berkata, tidak ada agama yang membenarkan penganutnya berpakaian mencolok mata.

Ridhuan berkata demikian ketika menngulas mengenai status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu, Ng Sze Han di Facebooknya yang menyatakan orang ramai boleh memilih apa sahaja yang ingin dipakainya ketika berurusan dengannya.

Sze Han berkata, mereka bebas memakai pakaian sama ada menutup aurat, kasual, skirt pendek bahkan jika ingin berpakaian gimrama turut dibenarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.