MALAYSIAKINI
Antara jenaka SMS yang sedang diedarkan mengenai rombakan kabinet,
menurut wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, ialah perdana menteri
akan gugurkan Najib.
Jenaka atau tidak, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu
berkata, perdana menteri perlu memikirkan semula kedudukan Najib sebagai
menteri kewangan.
"Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah Mohd Najib telah
mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik
kepentingan.
"Apabila PM juga bertindak sebagai menteri kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara.
"Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau
tindak-tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?"
tulis Kadir dalam blognya.
Menurut Kadir (kiri) lagi, sejak Mohd Najib menjadi menteri kewangan
pada tahun 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5 peratus.
Katanya, selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit
Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak
putus-putus memberi jaminan bahawa ia "ok".
"Jadi PM perlu menilai semula prestasi (KPI) Mohd Najib sebagai menteri kewangan," katanya.
Lagipun, tambahnya, PM perlu tumpu lebih banyak masa mengurus pentadbiran negara yang semakin mencabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.